Tuesday, 18 December 2012

Melunakkan Untuk Dakwah --------> Serah Pada Lelaki

Assalamualaikum, dimulakan dengan Bismillah disudahi dengan Alhamdulillah, ececeh nak nyanyi plak. Suara macam katak panggil hujan je.T__T hehe. 

Sebenarnya aku ada sedikit kekeliruan disini. Suara juga merupakan aurat bukan? So, perempuan tak boleh la menyanyi or bernasyid ker. Haritu ada tertengok satu rancangan yang membincangkan tentang wanita, dan- dan je dok kalih-kalih tv tu ternampak iklan kalau tak silap. Dalam iklan tu dia ada cakap, 

" suara perempuan ni kalau bercakap biasa pun boleh menarik perhatian apatah lagi dilunak-lunak kan" 

So, daripada situ aku da jadi takut dah. Berdosa ke aku ? Salah ke aku? 

Bukan nya apa , sebab dari kecik lagi aku ni pandai menyanyi,(siap mention) dulu masa kecik-kecik masa taska dulu ada lah nyanyi lagu kebangsaan ,ala lagu patriotik ,bukan politik eh! Umno terus mara ,hah kan da ternyanyi.hehe. Masa nyanyi tu mic dekat giler dengan mulut aku macam nak masuk dalam mulut pon ada. Hehe ade je gambar malas nak tayang nanti korang gelak, pakai skirt merah ngan stoking panjang lagi,hahaha. 

Naik sekolah rendah , bakat ku mula disedari rakan-rakan, kih3, sabar je la. Dari situ la aku start join nasyid, pencapaian tertinggi Johan peringkat zon je padahal. 
Bila naik sekolah menengah ting. 1 ada pertandingan untuk minggu bahasa Inggeris. Nyanyi lagu David Arche. Tahun ni baru aku dapat join nasyid, 
sebab aku haritu pernah sekali first time nasyid naik atas pentas lupe lirik. Siap kena booooo! lagi. Solo lupe lirik , memalukan pasukan je. Tapi no.1 gak, untuk menengah bawah je la.

                                                             *************

So, adakah menyanyi atau kata lain melunakkan suara dengan bertujuan untuk berdakwah satu kesalahan. I mean untuk kesedaran. Ada satu hari ni, rakan ku bertanya kepada ayahnya, tentang hal ini. Ayahnya cakap tak menjadi kesalahan yang penting adalah nawaitu kita ,kalau kita berniat untuk menarik perhatian dosa la kita. Kalau kita berniat untuk memberi kesedaran pahala la kurnianya. Katenye. Maaf kalau ada kesilapan .



Maka janganlah kamu wahai wanita, merendahkan (melembutkan) suaramu maka dibimbangi orang yang berpenyakit di hatinya beringinan jahat kepadamu, maka bercakaplah hanya dengan kata-kata yang baik (kandungan dan tatacaranya)" (Al-Ahzab : 32) 



Para ulama tafsir menyebut, suara wanita yang dilagukan adalah termasuk dari kecantikan-kecantikan (yang tidak harus dipertonton dan dipeerdengarkan kepada lelaki bukan mahram) tiada khilaf dalam hal ini ( Adwa al-Bayan, 5/10 : At-Tashil Li Ulum At-Tanzil, 3/137 ; ) Imam As-Suddi berkata : larangan ini bermaksud kaum wanita menipiskan suaranya (lembut, lunak dan manja) apabila bercakap di hadapan khalayak lelaki.

                                                            **************
dan ini pula dari UAI kita



                                                              *************
Jadi kesimpulannya , suara orang perempuan ini aurat. Dan haram menyanyi di khalayak ramai. Nasyid pun serah kat lelaki jugok.

Bercerita tentang suara, sebenarnya aku ni kalau ketawa semua burung akan terbang dari pokok tempat bertenggek. Faham-faham aje la. Tak boleh dikawal sebab dah jadi tabiat gelak kuat2 mengilai x tentu arah. Habis kemelayuan gadis terbang dibawa angin petang. Hmmm..akan ku perbaiki itu juga. Tak nak dah gelak supo jate. Hehe.



sekian terima kasih. Maaf kan saya sekiranya ada kesilapan ketika menaip entri ni, Sila tegur okay. Assalamualaikum. 





No comments:

Post a Comment