Wednesday, 19 December 2012

Batas Mesti Ada Punye

Assalamualaikum.

Bismillahirrahmanirrahim.

Ok, Tu dia tajuknye, Batas! Bukan batas orang nak tanam sayur tu. Batas pergaulan. Kita sume tahu yang didunia ni ada 2 jantina je. Perempuan  pasangannya  dan lawannya lelaki. Bapok tarak sini, Penkid pon tarak. Hurm cakap pasal bapok dan penkid , benda ni bukan semulajadi macam pondan kan. Takde lagi setakat ni lahir-lahir lelaki jadi bapok. Mereka yang ubah sebenarnya. Pondan lain la. Memang dilahirkan lembut. Tapi manusia selalu pandang senget kat diorang. Ingat! mengejek paras  rupa orang lain seolah-olah mengejek kejadian Allah. Kejadian Allah adalah sempurna dan cantik je. Sepatutnya mulut kita penat nak cakap Subhanallah, Maha Suci Allah. kan kan.




Gambar di atas sekadar hiasan. Ana solehah



                                                  *******************
 okay, B2B>> back to base. hehe. 

Maksudnya:
" Katakanlah wahai Muhammad kepada orang- orang lelaki yang beriman , supaya menyekat pandangan mereka( memandang perkara yang haram) dan memelihara kemaluan mereka yang demikian itu lebih suci bagi mereka. dan katakanlah kepada perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka ,dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mreka kecuali yang zahir daripadanya,..." (surah An- ;Nur Ayat 30-31)

 Menunjukkan batas aurat kita kepada lelaki-lelaki yang bukan mahram adalah larangan Allah.begitu juga para lelaki . Dalam sukan ada yang pakai seluar pendek. ada yang pakai boxer lagi kau jangan maen2. Kelas kau . Sukan kalau kita menutup aurat kita akan dapat pahala lagi. Tapi bila tak tutup ,orang lain dapat pahala kita dosa. seorang memandang aurat kita 2 kali ganda dosa yang kita dapat daripada orang yang memandang .

Aurat kita adalah maruah kita. Selangkah anak gadis keluar dari rumah tanpa menutup aurat selangkah ayah@ abang nya ke neraka. Jadi tak kan nak tgok ayah dan abang kita masuk neraka.

                                            ++++++++++++++


Cerita pasal ni, aku masih lagi mencuba untuk menutup aurat selengkapnya. Masih mencuba melengkapkan benda yang tidak sempurna. Insya Allah. semoga hidayah Allah akan sentiasa ada untukku dan untukmu jua.Amin 

 sekian ringkas dari hajar +_+)" tegur saya sekiranya ada kesilapan okay,Assalamualaikum w.b.t











Tuesday, 18 December 2012

Melunakkan Untuk Dakwah --------> Serah Pada Lelaki

Assalamualaikum, dimulakan dengan Bismillah disudahi dengan Alhamdulillah, ececeh nak nyanyi plak. Suara macam katak panggil hujan je.T__T hehe. 

Sebenarnya aku ada sedikit kekeliruan disini. Suara juga merupakan aurat bukan? So, perempuan tak boleh la menyanyi or bernasyid ker. Haritu ada tertengok satu rancangan yang membincangkan tentang wanita, dan- dan je dok kalih-kalih tv tu ternampak iklan kalau tak silap. Dalam iklan tu dia ada cakap, 

" suara perempuan ni kalau bercakap biasa pun boleh menarik perhatian apatah lagi dilunak-lunak kan" 

So, daripada situ aku da jadi takut dah. Berdosa ke aku ? Salah ke aku? 

Bukan nya apa , sebab dari kecik lagi aku ni pandai menyanyi,(siap mention) dulu masa kecik-kecik masa taska dulu ada lah nyanyi lagu kebangsaan ,ala lagu patriotik ,bukan politik eh! Umno terus mara ,hah kan da ternyanyi.hehe. Masa nyanyi tu mic dekat giler dengan mulut aku macam nak masuk dalam mulut pon ada. Hehe ade je gambar malas nak tayang nanti korang gelak, pakai skirt merah ngan stoking panjang lagi,hahaha. 

Naik sekolah rendah , bakat ku mula disedari rakan-rakan, kih3, sabar je la. Dari situ la aku start join nasyid, pencapaian tertinggi Johan peringkat zon je padahal. 
Bila naik sekolah menengah ting. 1 ada pertandingan untuk minggu bahasa Inggeris. Nyanyi lagu David Arche. Tahun ni baru aku dapat join nasyid, 
sebab aku haritu pernah sekali first time nasyid naik atas pentas lupe lirik. Siap kena booooo! lagi. Solo lupe lirik , memalukan pasukan je. Tapi no.1 gak, untuk menengah bawah je la.

                                                             *************

So, adakah menyanyi atau kata lain melunakkan suara dengan bertujuan untuk berdakwah satu kesalahan. I mean untuk kesedaran. Ada satu hari ni, rakan ku bertanya kepada ayahnya, tentang hal ini. Ayahnya cakap tak menjadi kesalahan yang penting adalah nawaitu kita ,kalau kita berniat untuk menarik perhatian dosa la kita. Kalau kita berniat untuk memberi kesedaran pahala la kurnianya. Katenye. Maaf kalau ada kesilapan .



Maka janganlah kamu wahai wanita, merendahkan (melembutkan) suaramu maka dibimbangi orang yang berpenyakit di hatinya beringinan jahat kepadamu, maka bercakaplah hanya dengan kata-kata yang baik (kandungan dan tatacaranya)" (Al-Ahzab : 32) 



Para ulama tafsir menyebut, suara wanita yang dilagukan adalah termasuk dari kecantikan-kecantikan (yang tidak harus dipertonton dan dipeerdengarkan kepada lelaki bukan mahram) tiada khilaf dalam hal ini ( Adwa al-Bayan, 5/10 : At-Tashil Li Ulum At-Tanzil, 3/137 ; ) Imam As-Suddi berkata : larangan ini bermaksud kaum wanita menipiskan suaranya (lembut, lunak dan manja) apabila bercakap di hadapan khalayak lelaki.

                                                            **************
dan ini pula dari UAI kita



                                                              *************
Jadi kesimpulannya , suara orang perempuan ini aurat. Dan haram menyanyi di khalayak ramai. Nasyid pun serah kat lelaki jugok.

Bercerita tentang suara, sebenarnya aku ni kalau ketawa semua burung akan terbang dari pokok tempat bertenggek. Faham-faham aje la. Tak boleh dikawal sebab dah jadi tabiat gelak kuat2 mengilai x tentu arah. Habis kemelayuan gadis terbang dibawa angin petang. Hmmm..akan ku perbaiki itu juga. Tak nak dah gelak supo jate. Hehe.



sekian terima kasih. Maaf kan saya sekiranya ada kesilapan ketika menaip entri ni, Sila tegur okay. Assalamualaikum. 





Monday, 17 December 2012

Permulaan Kami

Assalamualaikum.

          Entri kali ni ditujukan khas buat Community 1996 dan seterusnya yang mengambil aliran sains tulen .Ala yang ada Bio tu. hehe. Kalau korang sumer macam aku, Tak suka tgok buku, dan lebih kepada komputer, bukan ulat buku. Untuk matapelajaran Biologi sekolah aku tak guna buku nota, kami pakai fail dan nota dibuat dalam a4 paper and kami simpan nota tu dalam fail sebab Biologi banyak melukis so, garis -garis buku nota tu akan ganggu lukisan nanti. So ada la satu harini bosan sangat main muka buku, then terfikir pasal nota yang x siap, buku rujukan takde . Bukan takde sebenarnya tak perlu beli pon sebab Cikgu Biologi sekolah aku x menggalakkan guna buku rujukan sebab peperiksaan nanti everything yang ada dalam buku teks die akan tanye, so no need buku rujukan sebab buku teks tu la segalanya. Kalau kena buat nota korang mesti kena cari isi -isi penting tapi bila Biology & Sejarah susah sangat nak cari isi penting, sumer isi penting so otak jadi serabut.  Nota pon boleh jadi karangan bm pulak. Kalau boleh taknak ada kerja sekolah langsung. Haha. Nakal gak. So, kat sini nak berkongsi la sedikit macam mane aku wat nota. Kalau korang nak tahu www.bumigemilang.com ni banyak membantu. Aku download nota kat sini la. 

                                                      ****************
Ni nak kongsi sikit, sorry tulisan x lawa.




sebab ni la kami x guna buku tulis gune a4 jer.

 sedikit contoh yang dapat drpd nota dr bumi gemilang

sorry tulisan aku buruk..haha..nak jugak tayang

Pandai2 la kreatifkan diri.aku ni pon hentam je,asal paham n senang masuk otak

ok ni ngaku je la.member yang lukis, I tekap je..haha


okay, ni ICK- ingat cara kreatif
  



cikgu Shahril Lizan banyak membantu sebenarnya













 Nota dia ringkas la jugak. Bila aku buat nota masa periksa selalu nya aku ingat macam mane bentuk nota aku buat, tulisan aku x nampak lak..hahaha..bace dok nmpak jeloh mane nyer.. For me banyak membantu, so untuk member- member yang akan menduduki spm 2013 boleh la kalau nak study - study yang lepas-lepas. Untuk Biology --------> http://www.bumigemilang.com/?cat=278 banyak sampai korang tak larat nak buat . Nota Latihan Ulangkaji, dll.









Wednesday, 5 December 2012

Men Are All Like That


Assalamualaikum. To all readers, this is my first english entri, haha, memang aku hebat bi pon , ni aku amik dari sebuah lagu korea, 

jemput bace, jgn nangis pulak.

Men are all like that, He wouldn’t be any different
He valued you at first but then he flew away
Men are all like that, He wouldn’t be any special
He had all of your heart but then he flew away
Men are all like that.

It seemed like he could never catch your heart
But little by little, your heart became to come into his hands
Now he feel burdened when you say you can’t live without him
He used to stay up all night, worried that your heart would change
When he opened his eyes, he called you to make sure of your voice
He used to hope that the moment would last forever

He used to just look at you for minutes
He held your hand tight, (ape pegang2 haram tahu), afraid that he might lose you if he let go
He used to be sad when both of you said goodbye so, he turned back multiple times

Now he walks ahead of you
When you talk, he don’t look at your eyes
But it’s not because he don’t love you

Men are all like that, He wouldn’t be any different
He valued you at first but then he flew away
Men are all like that, He wouldn’t be any special
He had all of your heart but then he flew away
Men are all like that.


Women are all like that, you wouldn’t be any different
You know his heart but you hoped that he would return
Women are all like that, you wouldn’t be any special
You knew it wasn’t but hoped that he would be your last
Women are all like that