Wednesday, 21 November 2012

Hakikatnya

Assalamualaikum. 

Hehe.. nak luahkan perasaan sekejap. Selamat datang ke blog skemarakyat. Skema celah mane aku pon tak tahu.

Hakikat yang memang macam tu dah. Bersyukur sebelum Allah ambil benda itu daripada kita.

Kenapa aku cakap macam ni ? sebab aku bengang pasal twitter ni. Hesh aku punye la rajin follow hangpa semua hangpa unfollow aku. Nasiblah tweet korang pasal agama. Boleh juga saya menimba ilmu . Untunglah ada followers beribu- ribu. Jealous sebenarnya ni. Tapi nak buat macam mane dah hakikiat ber twitter ni begitu. T__T!!


Hurm. Kebenganggan aku terhadap adik dan abang- abang aku. Tak yah cakap terase macam maid je dalam rumah ni. 
Angah: Ambik air kat aku.
Along: Basuh pinggan.
Angah: Pergi kedai jap.
Aku: grrrrrrrrr! rasa mcm nak sepak je.Tapi kalau aku terajang satgi dia balas. Dah lah kuat terajang orang..patah tulang kaki aku.

Hakikatnya dia tetap abang aku. Bersyukurnya aku dikurniakan Abang seperti mereka.

Bila dengan adik aku pulak , kalau tengok dvd dengan dia. Dia cepatkanlah ..mentang-mentang boleh cepatkan, dan selalu buat aku ni macam adik dia. Grrrrr tahap gaban.
Kalau gaduh mintak simpati dengan menangis . Ingat aku kesian. Tapi lepas gaduh mesti aku yang sedih. Kesian punya pasal. Siapa tak sayang adik woooo..

So,...conclusionnya kat sini. walau apa yang kita ada sekarang bersyukurlah. Ada basikal buruk.Alhamdulillah.sebab ada yang xda basikal langsung. Ada Abang yang x pernah nak ambik kesah pasal kita .bersyukur lah., kerana macam mana pon dia tetap abang kita.





sekian ringkas dari aku hajar TP

Sunday, 18 November 2012

Mak @ Omma @ Umi @ Mama

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.bt.

Hehe. Cuti sekolah ni kan. So banyak masa lapang haha.. Kerja sekolah pun lapang jugak. Lapang tanpa tulisan.Keh..keh..keh. Jangan lupe buat kerja sekolah tu. Kalau korang tak buat nanti, naik sekolah dapat la habuan nye.
Cuti sekolah ni, tak pergi mana-mana pon. Nak balik kampung ,kampung jauh sangat la pulak..nun jauh di utara, Kedah. huhu sedih hambo.




Sepanjang cuti ni aku dah buat agreement dah dengan mak aku.  Mak aku kter sepanjang cuti ni, aku kene masak. Mom! I am just 16 !. How can I.? haha. (ni tipu je) .Berani la cakap macam ni kat mak. Nanti jadi anak derhaka baru tau. Aku tak boleh nak cakap ape la. Nasib aku . Dah la anak Tunggal Perempuan ( TP, pandai aku buat gelaran ,lepas ni panggil aku hajar TP la. Aku dah la bab dapur- dapur ni aku fail. Kalau ada matapelajaran kat sekolah tu, aku rase markah aku 50% kot. Takdalah teruk mana,teruk sikit je. 



Dah seminggu dah saya tak merokok. Haish salah ayat. Dah seminggu dah jadi tukang masak. Sebenarnya bukan tukang masak ajo yo. Seisi umah aku kena buat. (bukan buat rumah , buat kerja rumah lah). Being a mother is not  easy at all. Selalunya kita tengok mak kita buat kerja tu kerja ni macam senang. Hah cuba la try buat seminggu, semua kerja yang mak kita buat hari- hari ,daripada dia bangun tidur sampai malam dia nak tidur semula. Tapi ni untuk orang yang jenis macam aku. Kalau yang dah biasa senang la. Budak asrama lagi best.Duduk asrama (jealous sebenarnya). Kalau balik cuti pon mak dengan ayah tak sampai hati nak suroh buat kerja . 




Tapi bila difikirkan kembali, kenapa mak hambo tak bagi hambo sekolah asrama, sebab::
1. sebab i am the only girl among my siblings
2. haritu dia ada kata kat kawan dia yang sebab dia tak nak bagi aku sekolah asrama sebab tak de sapa nak gaduh ngan die nanti ,hehe
dan yang ketika adalah untuk masa depan hambo lah
Kita orang perempuan akan berkahwin , so belajar lah memasak dari sekarang.


Time- time ni lah mak aku boleh nak suruh -suruh banyak. Tahun depan Hambo dah nak SPM. When I think about SPM , meremang bulu kaki hambo. Cuak punya pasal. Boleh suruh sikit- sikit aje. Time ni lah aku nak bagi mak aku rase masakkan aku yang tak berapa nak sedap tu. Yelah cube fikir kalau dah abis SPM, mula lah nak kerja, Dapat masuk UNiversiti (InsyaAllah). Dah tinggal mak( part ni yang touching nih). Pastu kalau gatal lagi nak kahwin pulak. Dah kene ikut husband .Hihi. 




********sekian***********



                                                                                                            Hajar TP


Friday, 16 November 2012

Leave Them Alone

 Bismillahirrahmanirrahim.


                     Assalamualaikum w.b.t  kepadaa sahabat yang membaca post ini. Kini Gaza dihujani bom untuk hari yang ke 4 mungkin. Kita dekat sini boleh membantu mereka dengan senjata yang kuat iaitu DOA!!. Kalau tak mampu untuk menghulurkan bantuan sekadar doa sudah mencukupi. DOa juga merupakan ibadat. Mari kita bantu mereka dengan doa.. never stop praying..Allah always be there.Allah maha mendengar. Allah Maha Mengetahui. Setiap apa yang kita ada selalu ingat akan mereka yang tidak mendapat nikmat kemerdekaan seperti kita. Waktu kita tidur, waktu kita makan, waktu kita bersuka ria.
Mereka masih berperang. Pelbagai dugaan yang mereka terima. Mereka saudara kami. Mereka yang syahid itulah penghuni syurga Allah.



      







semoga perbuatan mereka( israel ) dibalas oleh Allah s.w.t
lets pray together 
sekian-