Tuesday, 30 October 2012

Sahabatku


         Bismillahirrahmanirrahim …assalamualaikum, buat teman yang membaca ini.

Harini update entry ,pasal kawan .

Kalau awak semua nak tahu saya ni seorang yang hot tempered atau panas baran sikit je

 ..sikit sikit..kuat marah kuat pukul , belasah orang..gurau cara ganas..terpengaruh

 dengan wwf. Miane chingu ah.

Baru – baru ni kami diberitahu tentang pertukaran aliran pelajaran kami.

 Di  sini saya

 nak beritahu. Kalau ditakdirkan kita terpisah ,saya dengan rela hati melepaskan kalian 

semua. Saya tak nak disebabkan KAWAN masa depan kalian tergadai. Saya tak suka 

sebenarnya perkara ni berlaku. Tapi, perjalanan kita masih jauh berliku-liku. Jadi,

jangan putus asa. Ingat Allah selalu ada membantu kita. Ingat ye.hehe.. kita, tak akan 

pernah terpisah .We are one . Lain kelas bukan bermakna kita bukan kawan.

Sedih je ayatnya. Haha. Saya berasa sangat beruntung dikurniakan sahabat yang sekepale

 dan sehaluan.sarangheo. kalau saya ada masalah saya cerita pada korang. Kalau korang

 ada masalah korang cerita kat saya. Unite ok. Nanti saya update lagi okay. Bye bye

Anyeong.!

Assalamualaikom  <3




Hadith of The Day :

  Rasulullah saw. Bersabda bermaksud: “Janganlah ada diantara kamu yang bercita-cita hendak mati. Sekiranya ia seorang yang baik mudah mudahan ia dapat menambahkan lagi kebaikan, dan sekiranya ia seorang yang jahat mudah mudahan ia dapat bertaubat kepada Allah.”
Riwayat Hadith Al-Bukhari dan Muslim
Huraian:
  • Haram hukumnya bagi seseorang muslim bercita cita dan berdoa untuk mati apabila hidup didalam kesengsaraan dan menderita.
  • Setiap mukmin yang panjang umurnya mempunyai banyak peluang untuk ia beramal ibadat kepada Allah sebagai bekalan di akhirat nanti.
  • Islam tidak membenarkan umatnya bercita cita untuk mati, tetapi menggalakkan umatnya supaya bercita cita untuk menambahkan ilmu pengetahuan demi kemajuan ummah


Monday, 29 October 2012

untittle story


“Kenapa orang yang kena pergi jumpa keluarga dia pula ayah”. Alisa  membantah. Dia tidak suka akan permintaan ayahnya. “Mak bukan tak mahu teman kamu,tapi adik kamu sekolah lagi , ayah kamu bekerja. Kalau ayah kamu cuti gaji bulan ni tak cukup,nak bayar hutang lagi,beli barang dapur lagi.Mak malas nak cakap kejap lagi kamu pitam pulak, duit lagi”, balas ibunya Puan Aminah. “Hmm..yela Alisa pergi,tapi mak dengan ayah kena bagi duit lebih sikit”.  Bulat mata Encik Ahmad apabila mendengar permintaan anaknya itu. Duit yang ada padanya hanya cukup untuk belanja dapur sahaja. Tetapi dia hanya mengiakan sahaja permintaan anaknya itu. Apakan daya, anaknya seorang yang degil,keras kepala,ego yang tinggi, cukup sifat seolah-olah seperti seorang lelaki. Encik Ahmad mengeluh , mengenangkan anak perempuannya itu. Bukan apa,takut tiada lelaki yang ingin menjadi suaminya nanti. Panggilan telefon dari keluarga Adam, menyatakan bahawa mereka tidak dapat hadir kerana mempunyai urusan yang sangat penting, dan meminta keluarga Alisa datang bertemu mereka di Kuala Lumpur untuk berbincang tentang hal perjodohan anak-anak mereka. Alisa pada mulanya tidak berminat untuk bertemu dengan Adam. Tetapi rayuan ayahnya membuatkan dia rasa bersalah. Sebelum ini, Alisa tidak pernah membantah, tetapi hal ini menyebabkan dia bersuara. Akhirnya dia beralah, kerana tidak sampai hati untuk melukakan hati kedua ibu bapanya. Duduk termenung di pangkin di tepi rumahnya sambil matanya ligat melihat adiknya bermain basikal di halaman rumah. “Mak, kenapa keluarga Adam tak mahu datang kemari? Soal Alisa. “Mereka bukan tak mahu tapi mereka …ape tu orang putih kata biri…. hah biri sikit. Kata Puan Aminah. “Mak , kalau tak pandai cakap English mak tak payah la cakap. Buzy la mak ,bukan biri. Biri tu haiwan”, pintas Alisa. “Sama lah tu.lain sikit je. Mak bukan apa,dulu masa kecil –kecil, masa tengah comel lagi, cita- cita mak nak g Australia. Maklumlah , mak ni kan nak kahwin dengan orang putih dulu. Hmmm , kesudahannya dapat orang minyak tu! Sambil menjuih bibir ke arah Encik Ahmad. Encik Ahmad yang tadinya sibuk mengait buah rambutan, - tiba berhenti mengenyit mata ke arah isterinya sambil berkata,”berminyak – minyak abang ni pun awak minat juga kan? Macam la dulu abang tak tahu, Minah selalu intai abang . You know what is mean by solker? Kata Encik Ahmad kepada isterinya. “Ayah ni, stalker la. Ayah dengan mak ni sama saja perangai. Kata Alisa. “Ish kamu ni Lisa, mana ada sama, kalau sama,ayah rase tak wujud kamu dekat dunia ni. Ayahnya mengusik.  Mereka sekeluarga memang selalu bergurau senda untuk menaikkan mood suasana tersebut. “ Dah la ayah, nak senja dah ni, jom masuk rumah”. Ajak Alisa.


bersambung......

hadith of the day


SABDA Rasulullah s.a.w yang maksudnya: Mana-mana muslim yang apabila masuk waktu sembahyang yang diwajibkan lalu dia pun berwuduk dengan wuduk yang baik, melakukan solat dengan sebaik-baiknya begitu juga dengan rukuknya, maka sembahyang itu merupakan kafarat (memadamkan) dosa-dosanya yang telah lalu, selagi dia tidak melakukan dosa besar.”
riwayat muslim
                                                                                           written by:
                                                                                  Siti Hajar Radzuan


  • SABDA Rasulullah s.a.w yang maksudnya: Mana-mana muslim yang apabila masuk waktu sembahyang yang diwajibkan lalu dia pun berwuduk dengan wuduk yang baik, melakukan solat dengan sebaik-baiknya begitu juga dengan rukuknya, maka sembahyang itu merupakan kafarat (memadamkan) dosa-dosanya yang telah lalu, selagi dia tidak melakukan dosa besar.”                                                                              

  • SABDA Rasulullah s.a.w yang maksudnya: Mana-mana muslim yang apabila masuk waktu sembahyang yang diwajibkan lalu dia pun berwuduk dengan wuduk yang baik, melakukan solat dengan sebaik-baiknya begitu juga dengan rukuknya, maka sembahyang itu merupakan kafarat (memadamkan) dosa-dosanya yang telah lalu, selagi dia tidak melakukan dosa besar.”